Tuesday, February 23, 2010

allysya chan+GAMEBOY.




sehari dua ini,hati aku gudah gulana.
dengan tunang yang sakit dan aku yang jauh dari dia.
aku rase nak balik terus bila dengar dia sedang sakit.
apakan daya,aku tak mampu nak buat begitu.
aku nak sangat ada disisi dia saat ini.
menjaga dia.
suapkan dia.
tidurkan dia.
setiap malam dia hubungi aku.
dengan suara yang hampir buat aku menangis.
apa yang mampu aku katakan pada dia,"sabar ye syg,lagi dua hari hubby balik".
tapi dalam hati,aku nak sangat balik sekarang.
tolong lah minggu ini berlalu dengan cepat.
aku memohon.










hari lahir aku tidak lama lagi.
sekarang aku tengah gila main pokemon red kat phone aku.
yeah,aku dah habis main dah pun.haha.
aku teringat balik kat gameboy aku yang jatuh dalam lubang jamban 8 tahun dulu.
aku nak balik gameboy itu.
aku nak main game pokemon.
main game zelda.
game mario.
arghhhh!.
syg,hari jadi i nanti i nak gameboy boleh tak?.
i nak yang skrin dia hitam putih tu.
baru lah old skool.haha.
bleh kan syg?.

Friday, February 19, 2010

my inspirasi.





sumber inspirasi ku.
tempat aku melepaskan segala kekusutan dikepala.
orang yang sentiasa membuat aku tersenyum dikala kepala sedang serabut.
dia sepeti ibu aku.
sentiasa mengambil berat tentang diri aku.
tiada yang lain selain dia.

MY ONE AND ONLY.
MY SWEET BABY.
MY ALLYSYA CHAN.
I LOVE YOU SO MUCH.

Wednesday, February 10, 2010

KESEMPITAN PERMIKIRAN.

si bahlul bertanya:"kau dah takda pompan melayu dah ke?.cina jugak kau nak."
tanya lagi si bahlul:"dia makan BABI dowh,kau tak geli ke?."

selambak aku jawab soalan si bahlul.

aku:perempuan melayu?.tak wujud lagi istilah perempuan melayu bagi aku.pakai seluar pendek keluar pavi,baju kalau boleh biar terkeluar dada yang bermuatan berat.PEREMPUAN MELAYU ke itu?.

aku lagi:orang melayu sekarang dengan cina dah tak ada beza.orang cina makan babi sebab agama dia tidak melarang.perempuan melayu arak dipegang megah ditangan,diteguk bangga walhal ISLAM itu melarang terus air setan itu diteguk.

aku lagi dan lagi:pikir apa yang aku kata.kalau kau pandai kau akan berfikir seperti aku.kalau kau tolol kau akan berkata:"kau ni memang dasar murtad.bangga sangat dengan orang cina."


konklusi hati aku beri,bukan semua perempuan melayu macam apa yang aku katakan,benar,tapi mencari yang telus perempuan melayu bagaikan satu dalam sejuta.

p/s:nanti aku kawin korang jangan buat mogok tak nak datang pula ye?.haha.
p/s/s:si bahlul,sape terase dia lah manusia hebat itu.haha

BETRAYING THE WAR!

BANG! BOOM!.

itu saja yang mampu didengar oleh kanak-kanak di sebuah negara peperangan.
kenapa?.kenapa harus kita berperang?.mengapa itu yang menjadi santapan nafsu mu?.
tidap puaskah kau melihat mayat-mayat seusia 2 tahun bergelimpangan akibat bedilan peluru-peluru sesat mu?.tidak kenyangkah kau melihat mayat-mayat manusia yang lemah hancur berkecai dek akibat bom buatan cerdik pandai negara mu yang bagiku sicerdik pandai inilah syaitan yang sebenar.dan perdana menteri mu itu hanya hamba si syaitan yang digelar iblis.

bernanah telinga aku mendengar jeritan segelintir masyarakat si iblis yang menjerit "STOP THIS WAR!",yang pada yang sama mereka jugalah yang memberi wang kepada siiblis agar mengeluarkan lebih banyak bom dan senjata canggih untuk disuap ke mulut mereka yang lemah dan tak berdaya.

hentikan saja bantuan ke negara yang diserang,kerana pasti ada hamba-hamba siiblis yang akan menyelewengkannya.mengapa perlu kita balas serangan peluru sesat siiblis itu dengan peluru sesat kita juga dan yang pastinya akan menyebabkan lebih ramai insan yang tidak bersalah mati?!.tidak perlu kita balas keganasan dengan keganasan.mengapa tidak kita balas dengan bangkit beramai-ramai dan mara kedepan tanpa senjata ditangan.aku jadikan tulisan ku sebagai senjata.

Ya Allah,hentikan peperangan ini.tidak mampu lagi aku melihat insan yang tidak bersalah menerima akibat siiblis yang dahagakan darah dan kematian.Amin.

PERMUSUHAN KAUM.

bakar gereja.
conteng masjid.
gaduh antara kaum.
isu kalimah ALLAH.

malaysia sekarang memang dah bertambah meriah.
sana sini penuh didada akhbar isu kaum.
kepala babi lah.kepala paip lah.
lepas ni kepala orang pula kena.

bagi aku semua ini bukan berpunca dari rakyat.
semua ini berpunca dari orang atasan yang buncit dengan duit rasuah.
isu kaum ini dibangkitkan untuk ahli politik lahanat ini meraih undi rakyat kepada mereka.

tragedi 13may terasa seperti around the corner saja lagi.

p/s:aku kena ISA tak kalau tulis macam ini?.
P/s/s:persetan itu semua!.

Monday, February 8, 2010

ketegaran.

dengan kerja acc yang berlambak-lambak macam S*it.
dengan mind map ppp yang kene hantar hari rabu ni.
dengan duit yang tinggal 10 ringgit.
dengan tidor yang tak cukup.


konklusinya?
=aku boring tahap gaban.haha

p/s:miss u so much baby.

to wany:kau dah kalah.haha.aril nangis DOWH!

Sunday, February 7, 2010

06/02/2010

bangun pagi-pagi terus msg kekasih hati.
ambik towel pergi mandi.
siap-siap terus gerak keluar.

naik bas pergi pavi.
jumpa bulat shopping sakan.
agak boring gerak tengok adnan sempit.

balik rumah dia pukul 9.
tunggu mommy and daddy dia abis tengok tv baru dapat buka laptop.
usha cerita paranormal activities.

dia ketakutan,aku lagi happy.
akhirnya,aku terpaksa teman dia tidor.
tapi rasanya aku tak tidor pun.

bangun pukul 8 pagi.
gerak balik rumah sendiri.
siap-siap,kul 9 gerak balik bangi.

sekarang duduk mengadap laptop jiji.
tulis blog luhan hati.
jum tidor,besok kena bangun pagi.

sakit hati.kerja acc tak buat lagi.haha!

Thursday, February 4, 2010

04/01/2010

hari ini cukup 3 bulan aku bertunang.
baby,i miss u so much!.
esok aku akan balik rumah untuk celebrate with my baby.
baby,i miss u so so much!.

Wednesday, February 3, 2010

new posting babe.

hampir sebulan juga lah aku tak update blog.
bukan ape,aku just terlampau sibuk.
dengan assignment yang tak akan habis.
masalah duit tak cukup.
pfft,tension!.

ini ada story sikit tentang apa yang aku belajar kat KPTM bangi ini.

1.untuk survive kat kolej ini,kau mesti salah sorang anak orang kaya.baru orang yang bertittle MEMBER BAIK datang kat kau.

2.untuk mendapatkan gf pula,pastikan dompet kau penuh dengan ringgit malaysia.ada transport sendiri(jalan kaki tak dilayan),walaupun motor atau kereta korang tu sebenarnya still banyak hutang lagi.

3.pegawai KPTM ini peel dia memang macam lan**u.so,kuat kan iman,tetap kan hati.tapi kalau tak boleh sabar,breakdown saje kepala dia.haha.

4.berlagak bagus,pandai maki,bajet semua benda korang ada dan kasanova akan membuat korang dipandang gah di mata kawan-kawan.


that all yang aku dapat masa belajar kat KPTM(aku pun baru masuk sebulan je kat sini.haha).