Wednesday, February 10, 2010

BETRAYING THE WAR!

BANG! BOOM!.

itu saja yang mampu didengar oleh kanak-kanak di sebuah negara peperangan.
kenapa?.kenapa harus kita berperang?.mengapa itu yang menjadi santapan nafsu mu?.
tidap puaskah kau melihat mayat-mayat seusia 2 tahun bergelimpangan akibat bedilan peluru-peluru sesat mu?.tidak kenyangkah kau melihat mayat-mayat manusia yang lemah hancur berkecai dek akibat bom buatan cerdik pandai negara mu yang bagiku sicerdik pandai inilah syaitan yang sebenar.dan perdana menteri mu itu hanya hamba si syaitan yang digelar iblis.

bernanah telinga aku mendengar jeritan segelintir masyarakat si iblis yang menjerit "STOP THIS WAR!",yang pada yang sama mereka jugalah yang memberi wang kepada siiblis agar mengeluarkan lebih banyak bom dan senjata canggih untuk disuap ke mulut mereka yang lemah dan tak berdaya.

hentikan saja bantuan ke negara yang diserang,kerana pasti ada hamba-hamba siiblis yang akan menyelewengkannya.mengapa perlu kita balas serangan peluru sesat siiblis itu dengan peluru sesat kita juga dan yang pastinya akan menyebabkan lebih ramai insan yang tidak bersalah mati?!.tidak perlu kita balas keganasan dengan keganasan.mengapa tidak kita balas dengan bangkit beramai-ramai dan mara kedepan tanpa senjata ditangan.aku jadikan tulisan ku sebagai senjata.

Ya Allah,hentikan peperangan ini.tidak mampu lagi aku melihat insan yang tidak bersalah menerima akibat siiblis yang dahagakan darah dan kematian.Amin.

No comments:

Post a Comment